Isnin, 8 September 2014

Kenali Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang

Assalamualaikum... Tajuk kali ini kenali tempat kerja saya... Inilah jabatan ku iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang.. Boleh dilawat diwebsite http://jpbd.pahang.gov.my Dibawah sertakan sejarah tempat kerja saya. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang dahulunya dikenali sebagai pejabat Perancang Bandar dan Kampung. Ditubuhkan pada 1 Februari 1959 bertempat di Pejabat Sekretariat iaitu Bangunan Perpustakaan Awam sekarang yang terletak di Jalan Baker dimana sekarang ini digelar Jalan Merdeka. Pejabat Perancang Bandar dan Kampung kemudian telah berpindah ke Bangunan Chinese Oversea yang terletak di Jalan Teluk Sisek, Off Jalan Besar. Pada tahun 1970 Jabatan telah berpindah ke Tingkat 1, Blok B, Bangunan Kerajaan, Wisma Sri Pahang. Pada 1 April 1980, Jabatan telah sekali lagi telah berpindah ke Kompleks Teruntum. Pada tahun 1984, Jabatan telah dipindahkan dari Kompleks Teruntum ke Kompleks Tun Razak di Bandar Indera Mahkota hinggalah sekarang. Sekian.

Skema Pemarkahan Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Assalamualaikum.. Pertama kalinya nak cerita. Saya pernah terlibat dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif jabatan... Perkara pertama adalah permarkahannya... Dibawah skema permarkan KIK yang baru bermula tahun 2012 yang baru..