Isnin, 8 September 2014

Kenali Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang

Assalamualaikum... Tajuk kali ini kenali tempat kerja saya... Inilah jabatan ku iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang.. Boleh dilawat diwebsite http://jpbd.pahang.gov.my Dibawah sertakan sejarah tempat kerja saya. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang dahulunya dikenali sebagai pejabat Perancang Bandar dan Kampung. Ditubuhkan pada 1 Februari 1959 bertempat di Pejabat Sekretariat iaitu Bangunan Perpustakaan Awam sekarang yang terletak di Jalan Baker dimana sekarang ini digelar Jalan Merdeka. Pejabat Perancang Bandar dan Kampung kemudian telah berpindah ke Bangunan Chinese Oversea yang terletak di Jalan Teluk Sisek, Off Jalan Besar. Pada tahun 1970 Jabatan telah berpindah ke Tingkat 1, Blok B, Bangunan Kerajaan, Wisma Sri Pahang. Pada 1 April 1980, Jabatan telah sekali lagi telah berpindah ke Kompleks Teruntum. Pada tahun 1984, Jabatan telah dipindahkan dari Kompleks Teruntum ke Kompleks Tun Razak di Bandar Indera Mahkota hinggalah sekarang. Sekian.

Skema Pemarkahan Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Assalamualaikum.. Pertama kalinya nak cerita. Saya pernah terlibat dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif jabatan... Perkara pertama adalah permarkahannya... Dibawah skema permarkan KIK yang baru bermula tahun 2012 yang baru..

Jumaat, 29 Ogos 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2014

Kepada semua pembaca blog. Saya ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2014 yang bertemakan "Disini Lahirnya Sebuah Cinta'..

#Throwback Konvensyen KIK JPBD SM 2013

Kumpulan PEKA JPBD Pahang telah menyertai Konvensyen KIK JPBD SM 2013 dan telah memenangi Naib Johan. Tajuk KIK kali ini Semakan Permohonan Gunatanah Secara Atas Talian..

#Throwback Konvensyen KIK KPKT 2013

Kumpulan KIK PEKA JPBD Pahang telah memenangi Johan Kategori Pengurusan di Konvesyen KIK KPKT 2013. Buat pertama kali dalam sejarah mendapat johan di Kementerian.




#Thorowback Konvensyen KIK Negeri Pahang 2013

Kumpulan KIK PEKA JPBD Pahang telah memenangi Naib Johan Kategori Pengurusan sempena Konvensyen KIK Negeri Pahang 2013 di Bukit Gambang Resort City..







# Throwback Konvenysen KIK Kebangsaan Perkhidmatan Awam Di Kuching 1 -3 Disember 2013

Kenangan berada di Kuching pada 1-3 Disember 2013. Kumpulan PEKA JPBD Pahang yang telah saya serta telah memenangi Anugerah Ketua Pengarah MAMPU kategori Kementerian Pengurusan..




Khamis, 28 Ogos 2014

Pertama kali membuat blog.

Assalamualaikum.. Blog ini bertujuan untuk pembelajaran kepada pembaca blog...